Lelaki maut dengan empat kesan tembakan

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat kesan tembakan ditemui pada badan mangsa yang maut ditembak di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada tengah hari Rabu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengenal pasti semua individu yang terlibat dalam kejadian itu.

“Polis Kontinjen Johor menerima maklumat berkaitan satu kes bunuh melibatkan mangsa dalam lingkungan 40 tahun, di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa,” katanya menerusi sebuah kenyataan media pada Rabu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ujar M Kumar, setakat ini punca kematian serta motif kejadian dalam siasatan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan kejadian itu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *