Pertemuan pimpinan Putra - HTM Hizbut Tahrir Malaysia, bincang isu semasa umat Islam dan negara

Putra ingatkan Kor Ming jangan melampau, hormat agama Islam

SEPANG – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bahagian Sepang menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tatatertib ke atas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Meng kerana melibatkan kakitangan beragama Islam dalam program sambutan Hari Krismas baru-baru ini.

Ketuanya, Mohamed Shahrin Ismail menegaskan, tindakan pemimpin DAP itu semakin kurang ajar apabila sewenang-wenangnya menganjurkan majlis yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Dia semakin berani menyambut hari Krismas bersama kakitangan kementeriannya termasuk yang beragama Islam di lobi bangunan kementerian itu tanpa menghiraukan reaksi umum atau sensitiviti umat Islam Malaysia

“Sambutan itu dimulakan dengan persembahan Christmas Carolling dan menyanyikan lagu “Jingle Bells” serta “We Wish U Are Merry Christmas” yang semua ketahui umum maksudnya menjurus ke arah kejatuhan akidah oleh umat Islam sekiranya mereka bersama dalam persembahan dan nyanyian tersebut.

“Pertama kali sejak merdeka tiada sambutan selain perayaan Aidilfitri dan Aidiladha di mana mana kementerian termasuk KPKT kerana semua menteri tahu keutamaan Islam Agama Rasmi Persekutuan dan adab menyambut perayaan melibatkan pelbagai bangsa dan agama terutama kakitangan kementerian untuk perayaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, tindakan Kor Ming itu amat melampau, lebih lagi pegawai dan kakitangan beragama Islam terpaksa hadir walaupun mereka tahu itu salah di sisi agama.

“Oleh itu, Putra mahu semua menteri bukan beragama Islam akur dengan penetapan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan tidak merayakan perayaan selain daripada perayaan Islam di kementerian masing-masing.

“Apabila ada yang menegur dan membidas tindakan tersebut, menteri DAP ini hendak menyaman dan mengambil tindakan. Adakah apabila kamu telah menjadi menteri, semua tindakan kamu betul sehingga memainkan isu 3R melibatkan kakitangan yang beragama Islam?

“Isunya adalah apabila Kor Ming menyebut dan membidas individu yang menegur, beliau juga telah menyentuh isu 3R. Jangan libatkan pegangan akidah umat Islam dalam isu ini,” katanya.

Mohamed Shahrin berkata, golongan agamawan telah mengharamkan umat Islam terlibat dalam persembahan Christmas Carolling atau menyanyikan lagu-lagu yang liriknya jelas nyata bertentangan dengan Islam.

Malaysia khususnya, kata beliau, tidak melarang mana-mana agama menyambut perayaan masing-masing, tetapi perlu menjaga sensitiviti penganut.

Justeru, katanya, peribahasa “kaduk naik junjung” tepat pada Kor Ming kerana tidak sensitif dengan umat Islam, malah memperlihatkan sikap sombong apabila ditegur tanpa memohon maaf. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *