Wanita bakar motosikal direman 3 hari

Wanita bakar motosikal direman 3 hari

TAIPING – Wanita yang ditahan polis kerana membakar motosikal di Jalan Masjid, Pokok Assam semalam, direman tiga hari sehingga Ahad.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail mengesahkan penahanan reman itu selepas menerima kebenaran Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan wanita berusia 40-an itu ditahan polis apabila membakar motosikal Honda RSX, dipercayai berpunca daripada penarik kenderaan hendak menarik kenderaan itu kerana terdapat tunggakan selama 20 bulan bernilai lebih RM6,000.

Dia kemudian ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *