Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa

Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa

KUALA LUMPUR – Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.

Pemain No. 17 dunia, Rachel Arnold yang membuka aksi untuk Malaysia menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan memaksa Amanda Sobhy bertarung hingga ke set penentuan namun Rachel akhirnya tewas 9-11, 11-7, 9-11, 11-5, 8-11 selepas 45 minit perlawanan.

Ketinggalan berkenaan menyaksikan pemain No. 10 dunia, S. Sivasangari diberi tanggungjawab berat untuk mengikat kedudukan namun beliau tumpas kepada Olivia Fiechter dengan 11-7, 11-9, 5-11, 2-11, 2-11 dalam masa 47 minit.

Kekalahan Sivasangari bermakna Aira Azman yang dijadualkan beraksi sebagai perseorangan ketiga tidak diturunkan pada separuh akhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pencapaian terbaik pasukan skuasy wanita negara adalah pada edisi 2014 di Kanada di mana Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada England di final. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *