DIKHABARKAN bila-bila masa sahaja dari sekarang ibu kota Syria, Damsyik bakal diserang oleh kumpulan pembangkang.
Kumpulan penentang Basyar al-Asad terbahagi kepada dua, iaitu 1) Syrian Defense Force (SDF) dan 2) PKK (Pemisah Kurdis) didokong oleh Barat.
Haiah Tahrir al-Syam (HTS) dan Syrian National Army (SNA) group ini kebanyakannya berlatar belakang pemikiran Islam dan didokong oleh Turkiye.
HTS dan SNA melancarkan serangan kerana mahu menggagalkan perancangan Amerika Syarikat bagi memecahkan Syria seperti map di bawah.
Bila AS dan proksinya SDF kontrol sempadan Syria-Iraq maka mereka boleh menyekat bantuan Iran kepada Hizb ullah melalui Syria.
Turkiye dan proksinya HTS/SNA pula menguasai Idlib dan Aleppo sahaja.
HTS dan SNA tak boleh terima dengan kedudukan ini maka operasi “Rad’a al u‘dwaan” ini dilancarkan.
Turkiye melalui proksinya memintas awal dengan melancarkan operasi ini bagi menyekat perancangan AS dan Israel.
Nampaknya wujud perbincangan antara Turkiye dan Iran di samping Rusia dalam mengurus situasi yang sedang berlangsung.
Zionis Israel mengikuti rapat perkembangan di luar jangka yang sedang berlaku.
10- Mudah2an perkembangan yang sedang berlaku ini membuka pintu penyatuan antara Sunni, Syiah dan nasionalis bagi menentang musuh yang satu iaitu Zionis Israel dan Imprealisma Barat.
Harapnya Iran, Turkiye dan Rusia boleh selesai dgn baik-baik.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252