Komander Pengawal Revolusi Iran sahkan operasi baharu terhadap Israel

Komander Pengawal Revolusi Iran sahkan operasi baharu terhadap Israel

TEHRAN – Seorang komander kanan Iran mengulangi ancaman serangan ketenteraan baharu terhadap Israel tetapi enggan berkongsi butiran lanjut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik Agensi Berita Tasnim pada Ahad.

Agensi berita itu yang dilihat berkaitan dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran melaporkan bahawa Ali Fadavi memberitahu pemberita di Tehran pada Ahad bahawa operasi baharu pasti akan dilaksanakan.

“Tidak mungkin untuk mengulas mengenai butirannya,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat susulan amaran serupa yang dibuat pada Sabtu oleh pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *