Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol

Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol

LABUAN – Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan meneruskan hari kedua misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Legazpi City di wilayah Bicol, Filipina yang terjejas akibat Taufan Kristine.

TUDM dalam kenyataan kepada Bernama malam ini memaklumkan misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara, dari Pangkalan Udara Villamor di Bandar Pasay ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.

Menurut kenyataan itu misi berjalan lancar pada sebelah pagi berikutan cuaca baik namun jarak penglihatan kemudian terjejas akibat jerebu dan angin kencang yang turut menjejaskan penerbangan.

“Walaupun berdepan dengan cabaran tersebut, kemahiran dan pengalaman kru EC 725 AP membolehkan misi diselesaikan dengan jayanya,” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

TUDM memaklumkan penerbangan dikendalikan oleh Mejar Aslam Hariri bersama pembantu juruterbang Kepten Fikry dengan dibantu seorang ‘quartermaster’ udara, tiga kru teknikal dan seorang anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU).

Sementara itu, pasukan TUDM dan rakan sejawat dari Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) serta Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan Ketua Staf Angkatan Bersenjata Filipina General Romeo Saturnino Brawner Jr melawat semasa tugasan HDAR mereka hari ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *