WOLVERHAMPTON – Pertahanan Manchester City, John Stones menanduk masuk gol saat akhir untuk kemenangan 2-1 di Wolverhampton Wanderers.
Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Pep Guardiola ke puncak Liga Perdana Inggeris – sekurang-kurangnya buat seketika sebelum Liverpool turun menentang Chelsea sebentar lagi.
Juara bertahan, City mendominasi permainan di Stadium Molineux, tetapi dikejutkan pada minit ketujuh oleh tuan rumah apabila hantaran Nelson Semedo disudahkan oleh penyerang Wolves, Jorgen Strand Larsen.
Semedo terlepas peluang untuk menambah jaringan ketika hanya berdepan Ederson, apabila penjaga go City itu menyelamatkan percubaannya.
City menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil jaringan Josko Gvardiol yang melencongkan bola melepasi penjaga gol Wolves, Jose Sa.
Jaringan masa kecederaan Stone terlebih dahulu diperiksa oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum disahkan.
City kini mendahului liga dengan 20 mata, dua melebihi Liverpool yang boleh merampas kembali kedudukan itu sekiranya menewaskan Chelsea di Anfield selepas ini. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252