Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya

Lewis Hamilton dedahkan tekanan mental dihadapinya

LONDON – Lewis Hamilton mendedahkan bahawa beliau telah bergelut dengan masalah kesihatan mental hampir sepanjang hidupnya disebabkan dibuli di sekolah dan tekanan perlumbaan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Juara dunia Formula Satu tujuh kali itu berkata beliau mengalami kemurungan sejak remaja.

Hamilton, yang mempunyai ibu bapa berlainan keturunan menghadapi isu perkauman semasa membesar di Stevenage.

Beliau memberitahu The Sunday Times: “Ketika saya berusia 20-an, saya melalui beberapa fasa yang sangat sukar. Maksud saya, saya telah bergelut dengan kesihatan mental dalam hidup saya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“(Saya mengalami) kemurungan. Sejak usia muda, sekitar 13 tahun. Saya fikir ia disebabkan tekanan perlumbaan dan kesukaran di sekolah. Pembulian. Saya tidak ada sesiapa untuk diajak berbicara.”

Selepas melalui tempoh pencarian jiwa semasa pandemik koronavirus pada 2020, Hamilton mula bangun pada pukul 5 pagi untuk bermeditasi sebelum keluar berlari.

“Pada awalnya, saya sukar untuk menenangkan fikiran saya,” katanya. “Tetapi ia adalah cara yang sangat baik untuk berhubung dengan diri sendiri, memahami perasaan dalaman, dan mengetahui apa yang boleh saya lakukan.”

Pada usia 39 tahun, Hamilton kini berada di tempat keenam dalam kedudukan pemandu semasa selepas dua kemenangan Grand Prix musim 2024.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau akan berpindah ke Ferrari pada akhir kempen selepas 12 tahun bersama Mercedes.

Ditanya sama ada beliau pernah berjumpa dengan seorang ahli terapi, Hamilton menjawab: “Saya pernah bercakap dengan seorang wanita, bertahun-tahun lalu, tetapi ia tidak begitu membantu.

“Saya ingin mencari seseorang hari ini”. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *