Postecoglou akur 'perjuangan' lonjakkan Spurs

Postecoglou akur ‘perjuangan’ lonjakkan Spurs

LONDON – Ange Postecoglou percaya beliau memerlukan masa untuk mencipta kejayaan di Tottenham tetapi yakin boleh mengubah permulaan tidak menentu musim ini.

Spurs hanya menang sekali daripada empat perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dan hanya beberapa minit dikejutkan oleh Coventry dalam Piala Liga pada pertengahan minggu sebelum dua gol lewat memastikan mereka menang 2-1.

Kenyataan bekas pengurus Australia itu untuk memenangi trofi pada musim keduanya, seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini di beberapa kelab, kini dipersoalkan.

Namun Postecoglou berkata kejayaannya di Celtic, Yokohama Marinos dan di negaranya sendiri sering kali hadir selepas tempoh yang sukar.

“Anda perlu mengharungi perjuangan. Anda tidak meraih kejayaan hanya dengan segala-galanya berjalan dengan sempurna. Ada kalanya anda hanya perlu menyingsing lengan baju anda dan teruskan,” kata Postecoglou semalam.

“Proses terbaik bagi saya adalah kekal fokus terhadap perkara yang saya fikir perlu saya lakukan untuk memgemudi kelab ini ke tempat yang dimahukan.

“Saya tidak fikir saya berada dalam ruang yang unik. Saya terus berkata kepada orang ramai, tunjukkan saya kisah kejayaan dan saya akan tunjukkan perjuangan. Orang lupa perjuangan dan lihat pada penghujungnya.

“Anda perlu melaluinya. Itulah masa yang menguji keazaman anda, menguji kepercayaan anda, menguji semua yang anda mahu lakukan.”

Spurs melayan kunjungan Brentford dalam aksi EPL malam ini. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *