PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Ismail Haniyeh yang telah kembali ke rahmatullah semalam.
Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin, kata Ketua Pengarahnya, Datin Paduka Hakimah Yusof.
“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan golongan yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Sehubungan itu, menurut beliau, JAKIM akan mengadakan Solat Jenazah Ghaib Almarhum Ismail Haniyeh malam ini selepas solat Maghrib.
Katanya, tiga masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya akan bersama umat Islam menunaikan solat ghaib.
“JAKIM menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan Solat Jenazah Ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252