2 budak disyaki diculik ditemukan selamat

2 budak disyaki diculik ditemukan selamat

PETALING JAYA – Dua kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang ditemui selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki kereta dalam kejadian di Jeram, Kuala Selangor, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin, berkata mangsa ditemui pada hari sama selepas sejam dilaporkan hilang pada 6.30 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak yang tinggal berjiran itu sedang bermain di taman perumahan berkenaan.

“Polis telah bertindak menjalankan siasatan segera sejurus menerima laporan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Lokasi kanak-kanak itu dijumpai berhampiran kawasan rumah mereka dan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 369 kanun keseksaan dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya.

Sebelum ini, tular berhubung kehilangan dua kanak-kanak yang dikatakan diculik lelaki menaiki sebuah kereta Perodua Bezza. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *