Maxim Global beli tanah pegangan bebas RM95 juta di Subang Jaya

Maxim Global beli tanah pegangan bebas RM95 juta di Subang Jaya

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Maxim Global Bhd, Maxim Icon Sdn. Bhd. membeli dua bidang tanah pegangan bebas yang saling bersebelahan seluas 2.35 hektar di Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor pada harga keseluruhan RM95 juta atau RM375.25 setiap kaki persegi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Maxim menjelaskan syarikat itu membeli tanah itu menerusi perjanjian jual dan beli dengan pentadbir hartanah bersama, Low Teck Choon.

Maxim memaklumkan cadangan pembelian itu akan menambah simpanan tanah sedia adanya di lokasi yang strategik dengan potensi pertumbuhan.

Tanah komersial itu terletak di hadapan stesen BRT (Bus Rapid Transit) South Quay-USJ 1 dalam kawasan yang dikhaskan sebagai zon pembangunan berorientasikan transit di perbandaran Subang Jaya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pembelian ini selaras dengan matlamat Maxim untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam aktiviti pembangunan dan pembinaan hartanah, selain untuk menjana pendapatan mampan jangka masa panjang,” menurutnya.

Maxim menjelaskan cadangan pembelian itu dijangka selesai dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh pelaksanaan perjanjian jual beli itu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *