Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dimohon untuk sambungan reman esok bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu diambil susulan reman terhadap pasangan tersebut sebelum ini tamat esok.

Beliau menegaskan, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan untuk kes tersebut.

“Esok kita akan pohon untuk menyambung reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu, Kosmo! melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *