“Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini” – Shahril

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan, keadaan tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim semakin menunjukkan perkembangan baik.

Tanpa memberikan penjelasan lanjut, Shahril juga berkata, beliau akan mengadakan sidang media tengah hari ini untuk berkongsi perkembangan mutakhir berhubung keadaan Faisal.

Better lah… better (keadaan Faisal).

“Tunggu 12.30 hingga 12.45 saya akan buat sidang media dekat hospital,” kata Shahril kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam, Shahril juga dilaporkan akan bertemu dengan pakar bedah yang mengendalikan kes Faisal hari ini.

Dalam pada itu, Faisal dianggap ‘istimewa’ oleh barisan doktor pakar yang merawatnya selepas melihat kesan lecuran di anggota badannya menunjukkan tanda pemulihan cukup cepat.

Faisal yang berusia 26 tahun disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada hujung minggu lalu,

Berikutan itu, doktor yang merawatnya berkata, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat.

Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif. – ASTRO AWANI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *