POS Malaysia semalam mengesahkan bahawa pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan mengedarkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bercetak bermula 1 Februari 2026.
Ini bermakna, perkhidmatan untuk mencetaknya melalui kiosk Pos Malaysia juga akan dihentikan pada tarikh tersebut.
Ini bukanlah satu perubahan yang baharu.
Pihak JPJ sudahpun mengatakan sebelum ini LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sudah pun dipamerkan melalui aplikasi MyJPJ sekiranya ia perlu ditunjuk kepada pegawai-pegawai yang memintanya.
Ini juga cukup menarik kerana pada minggu lepas dilaporkan bahawa rakyat kini boleh meminta untuk kad lesen memandu dicetak secara fizikal dengan bayaran sebanyak RM20.
Lesen fizikal mungkin akan diperlukan sekiranya pengguna mahu mendaftar untuk International Drivers’ License untuk memandu di luar negara.
Pihak Pos Malaysia juga telah mengatakan bahawa mereka yang masih mahu pelekat Lesen Kenderaan Motor akan perlu mencetaknya di lokasi-lokasi Pos Malaysia sebelum tarikh 1 Februari 2026 sebelum perkhidmatan tersebut dihentikan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
