Galeri Seni Lin Xiang Xiong tingkat kemampuan Malaysia di peta budaya global

GEORGETOWN – Galeri Seni Lin Xiang Xiong di The Light Waterfront, Gelugor di sini, menandakan kemampuan Malaysia yang semakin meningkat di peta budaya global.

Berlatarkan pesisir pantai Pulau Pinang, ia mewakili penumpuan diplomasi, warisan dan kuasa transformatif kreativiti, mencerminkan aspirasi negara yang lebih luas bagi menonjolkan keamanan serta keyakinan budaya menerusi seni.

Pengasasnya, Prof Lin Xiang Xiong, berkata projek itu bukan sahaja usaha artistik tetapi juga mencerminkan nilai Malaysia dalam dunia yang semakin berpecah belah.

Katanya, pada masa perbezaan menguasai naratif global, Malaysia memilih bagi bertindak balas dengan kreativiti dan belas kasihan.

“Galeri ini bukan sahaja penghormatan kepada seni, tetapi juga komitmen terhadap dialog serta peringatan bahawa keamanan dibina menerusi persefahaman.

“Ia mengetengahkan kemunculan Pulau Pinang sebagai destinasi budaya antarabangsa dan dibayangkan sebagai platform kekal pertukaran budaya, menghubungkan Timur dan Barat menerusi kerjasama artistik,” katanya ketika berucap di majlis perasmiannya di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Turut diadakan pratonton ‘The Vicissitudes of Life’, menampilkan sebanyak 99 karya seni Prof Lin mengenai isu global yang mendesak seperti peperangan, pencemaran dan kemiskinan.

Koleksi itu mengajak renungan mengenai perjuangan dan harapan sesama manusia selain menggariskan dedikasi sepanjang hayat Prof Lin dalam mempromosikan keamanan menerusi seni.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, penubuhan Galeri Seni Lin Xiang Xiong bukan sekadar penambahan infrastruktur budaya, tetapi satu manifestasi aspirasi Visi Penang 2030 yang menekan pembangunan manusia seimbang, kemajuan ekonomi berteraskan kreativiti, serta kesejahteraan komuniti menerusi ilmu dan seni.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *