Bundle Bukan Sekadar Kain Buruk – Dunia Bundle Ada Peminat Tersendiri

Oleh: Rokaid Chik

KLANG – Dunia bundle, iaitu pakaian terpakai mempunyai peminatnya tersendiri yang datang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

Ini sekali gus menangkis persepsi buruk sesetengah masyarakat bahawa bundle hanya untuk orang miskin atau golongan marhaen.

Bahkan, bundle ini mempunyai peminat yang berlatar belakangkan pendidikan tinggi, golongan pemuda elit mahupun orang kaya.

Bundle bukan sekadar kain buruk, tetapi lubuk rezeki kepada peminatnya.

Kepada mereka yang suka meneroka khazanahnya ‘pecah tokol’ pastinya tidak pulang dengan tangan kosong.

Peminat pakaian berjenama sudah pasti tersenyum lebar apabila mendapat pakaian berjenama asli terutama yang diimport dari beberapa negara seperti Korea, Jepun dan juga Australia.

Jika hari bertuah, peminat bundle bukan sahaja mampu mendapat pakaian berjenama dan yang original, ada juga yang mendapat barangan berharga seperti duit, barang kemas dan lain lain.

Seorang peminat bundle yang ditemui di Klang, Sidek Sukiman, 36, memberitahu beliau peminat tegar tokol bundle.

Beliau berkata, usahanya memecah setiap tokol bundle sentiasa mendatangkan hasil yang baik dan berbaloi.

“Setiap hari saya tidak pernah berasa jemu dan berada di gudang pengimport bundle”.

“Ini bagi memastikan saya tidak terlepas peluang mendapat ‘barang baik” katanya.

Ada hari tertentu beliau boleh mendapat jaket kulit, pakaian sukan, permotoran, topi dan lain-lain pakaian berjenama.

Pengurus gudang import bundle, Ahmad Aqil, 32, pula memberitahu, beliau tumpang dan berkongsi perasaan gembira dengan peminat bundle dengan pelbagai ragam.

Ada juga pelanggangnya mempamer senyuman lebar dan itu tanda mereka mendapat ‘barang baik’.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *