Kospet perkenal jam tangan pintar, lasak Tank T4, M4

JENAMA teknologi boleh pakai global, Kospet memperkenalkan dua model jam tangan pintar terbaharunya iaitu Tank T4 dan Tank M4 yang direka khas untuk golongan aktif dan pencinta cabaran luar.

Kedua-dua model itu menampilkan ketahanan ekstrem, penjejakan kesihatan berketepatan tinggi, serta navigasi luar talian generasi baharu, dan diperakui mengikut piawaian ketenteraan MIL-STD-810H dengan rintangan air 10ATM/IP69K.

Di bawah tema Trust Anchored, Horizons Ignited, siri Tank itu telah menerima sambutan hangat di pasaran global, termasuk memenangi Anugerah Emas Reka Bentuk MUSE 2025 dan Anugerah Reka Bentuk London.

Menambah nilai kepada kempen tersebut, Cole Hocker, pemenang pingat emas acara 1,500 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2024, dipilih sebagai duta siri Tank, melambangkan ketahanan dan semangat “melampaui batas” yang menjadi teras jenama berkenaan.

Menurut Pengarah Pemasaran Kospet, Johnathan Zheng, pelancaran Tank T4 dan M4 merupakan satu lonjakan besar dalam menggabungkan reka bentuk berinovasi dengan teknologi ketahanan luar tahap profesional.

“Kami membina jam tangan ini untuk mereka yang tidak kenal erti batas — sama ada di laut, di gunung mahupun di gimnasium.

“Dengan pensijilan ketenteraan, fungsi selaman profesional dan kuasa ekosistem Apexmove, kami bukan sekadar melancarkan jam tangan, tetapi rakan setia untuk detik paling mencabar dalam hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dikuasakan bateri kobalt tulen 500mAh dengan cip dwi-teras ATS3089, kedua-dua model menawarkan jangka hayat sehingga 15 hari dan mod GPS berterusan selama 22 jam.

Paparan Amoled dilindungi Corning Gorilla Glass dengan kecerahan puncak 1,000 nits, membolehkan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Selain itu, sistem GNSS dwi-jalur menyokong enam rangkaian satelit global bersama peta luar talian GPX/KML, memastikan ketepatan lokasi tinggi walaupun di kawasan tanpa liputan isyarat.

Tank T4 dan M4 turut menyokong mod selaman profesional sehingga kedalaman 45 meter, lengkap dengan metrik kedalaman, masa tanpa penyahmampatan (NDL), suhu dan kelajuan pendakian.

Untuk pengguna kecergasan, peranti ini menawarkan 23 mod sukan pro ApexMotion, lebih 160 mod latihan bebas, serta pelan senaman peribadi melalui aplikasi Apexmove.

Penjejakan kesihatan turut ditingkatkan melalui sensor biometrik VC9213 4PD, yang menilai kadar denyutan jantung, oksigen darah, tekanan, tidur dan mood secara menyeluruh.

Antara fungsi pintar lain termasuk panggilan Bluetooth, pemberitahuan aplikasi, dan taklimat pagi automatik bagi memudahkan rutin harian pengguna.

Jam tangan pintar Kospet Tank T4 dan Tank M4 kini boleh didapati melalui kedai rasmi Kospet di Shopee, Lazada dan TikTok Shop Malaysia.

Kedua-dua model dijual pada harga RM699, dengan pakej awal dan hadiah eksklusif yang akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi Kospet dan kedai dalam talian.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *