Enam lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah

SPRM tahan lima individu dipercayai terlibat aktiviti menanam durian Musang King haram

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan empat pengusaha kebun dan seorang pekerja dipercayai menjalankan aktiviti pertanian durian Musang King secara haram di kawasan hutan simpan dan tanah kerajaan di Raub.

Kesemua individu berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM cawangan Raub.

Siasatan awal mendapati mereka dipercayai memperoleh keuntungan ratusan ribu ringgit daripada aktiviti itu antara tahun 2024 hingga 2025.

Mereka juga disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram hasil daripada penjualan durian tersebut.

Menurut sumber, suspek enggan menyertai program pemutihan ditawarkan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd., yang telah dilantik secara sah oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan berkenaan.

Mahkamah Majistret kemudian membenarkan permohonan reman selama empat hari bermula semalam hingga 3 Oktober ini untuk membantu siasatan.

Penahanan itu sebahagian daripada tindakan susulan Operasi Sekat Durian Haram yang dilakukan bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, di mana sebanyak 33 lokasi kebun haram dikenal pasti sepanjang operasi dari 2 hingga 19 September tahun lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *