PETALING JAYA – Seorang penuntut yang didakwa membakar dan membunuh kekasih hamil dua tahun lalu, mengekalkan pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Klang.
Peguam Muhammad Nor Tamrin yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, berkata, tertuduh berpendirian sama walaupun dimaklumkan hukuman bakal dihadapinya.
Penolong Kanan Pendaftar, Luqman Abdul Haris menetapkan sebutan semula kes 10 Oktober ini.
Di luar mahkamah, Muhammad Nor berkata, beliau sudah menasihati anak guamnya mempertimbangkan hasratnya.
“Disebabkan dia masih mahu mengaku bersalah, maka mahkamah mengekalkan tarikh bicara pada tahun depan,” katanya menurut Sinar Harian.
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan bermula 27 Okt 2026.
Pada 1 Jun 2023, Fakrul didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar antara 8.30 malam 22 Mei hingga 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Media melaporkan perselisihan faham berkaitan kehamilan luar nikah dipercayai punca pelayan restoran itu ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001