PM Wajar Bawah 70 Tahun – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat calon Perdana Menteri seharusnya berusia di bawah 70 tahun dengan ciri utama berintegriti dan memiliki kesihatan fizikal yang baik.

“Orang umur 70 tahun macam saya ini sudah tak layak, jadi penasihat bolehlah. Biar yang umur 70 ke bawah jadi perdana menteri dan orang itu kuat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-71, di sini, semalam.

Abdul Hadi, 78, menjelaskan, panduan memilih pemimpin sudah disebut dalam al-Quran, iaitu seseorang perlu berilmu, berintegriti dan mempunyai kekuatan tubuh badan.

“Kita diajar dalam Islam bahawa tanggungjawab memimpin adalah amanah yang sangat besar. Jika menunaikan kewajipan dengan baik, pahala besar menanti; jika tidak, boleh masuk neraka,” ujarnya.

Beliau menambah, ramai yang bimbang memikul amanah itu, justeru pemilihan pemimpin mesti menepati ciri-ciri kepimpinan seperti disebut dalam Islam.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu menamakan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 78, sebagai calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai PAS.

Namun, Abdul Hadi menegaskan PAS berpendapat penentuan calon perdana menteri wajar dibuat hanya selepas pembangkang memenangi pilihan raya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *