Pemegang saham beri sokongan penuh semua resolusi dalam AGM Betamek

KUALA LUMPUR – Para pemegang saham Betamek Berhad (Betamek) meluluskan semua resolusi yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 yang diadakan hari ini.

Para pemegang saham meluluskan penyata kewangan teraudit Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 bersama-sama dengan laporan pengarah dan juruaudit.

Selain itu, meluluskan pembayaran dividen satu peringkat akhir sebanyak 1.0 sen setiap saham biasa bagi tahun kewangan, yang perlu dibayar pada 12 September 2025 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam Rekod Pendeposit pada 29 Ogos 2025.

Resolusi lain termasuk pemilihan semula pengarah yang bersara mengikut giliran, pelantikan semula juruaudit syarikat, kelulusan yuran dan faedah pengarah, dan pemberian kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk memperuntukkan saham menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016 dengan penepian hak berkanun sebelum ini.

Dalam masa sama, mesyuarat agung luar biada (EGM) menerima kelulusan pemegang saham untuk Cadangan Pelan Insentif Jangka Panjang (LTIP), yang terdiri daripada Skim Opsyen Saham Pekerja sehingga 30 peratus daripada jumlah saham terbitan Syarikat (tidak termasuk saham perbendaharaan) untuk pengarah dan pekerja yang layak dan bukan syarikat subsidiarinya.

Pemegang saham juga mengesahkan cadangan peruntukan opsyen saham kepada pengarah yang layak di bawah LTIP.

Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd. Ghani berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh pemegang saham kami kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan.

“Kelulusan semua resolusi, terutamanya LTIP, mencerminkan komitmen bersama untuk menyelaraskan nilai pemegang saham jangka panjang dengan dedikasi dan prestasi kakitangan kami.

“Kami percaya inisiatif ini akan terus mengukuhkan prospek dan kepelbagaian operasi Betamek apabila kami terus mengukuhkan potensi Betamek,” katanya.

Syarikat melihat kelulusan sebagai mandat kuat daripada pemegang saham untuk melaksanakan rancangan strategiknya, termasuk memperluaskan pangkalan pelanggan melangkaui pelanggan utamanya mengukuhkan kecekapan operasi dan melabur dalam inovasi untuk pasaran automotif dan bukan automotif.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *