SHAH ALAM – Wira Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta kerajaan agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan akta dan undang-undang terhadap musuh politik demi menutup kegagalan mengurus pentadbiran negara.
Naib Ketuanya, Dr. Mohd Hafidz Rizal berkata, dalam kes terbaharu, Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham dituduh di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan bersabit kenyataannya dalam video TikTok ‘alfah.channel.tv’.
Beliau turut mendesak kerajaan tidak memperalatkan sistem kehakiman dan polis ketika rakyat semakin hilang kepercayaan kepada sistem yang ada hari ini.
“Wira Perkasa juga berpesan kepada kerajaan yang sedang dilanda krisis keyakinan rakyat agar segera menyelesaikan Isu Allahyarham Adik Zara Qairina Mahathir.
“Banyak lagi isu perlukan perhatian dan penyelesaian kerajaan termasuk kemelesetan ekonomi di kalangan orang Melayu, pengangguran semakin meningkat, buli di sekolah tambah menjadi jadi dan isu perbalahan sesama parti politik dalam kerajaan perpaduan.
“Jangan pula terus menerus bermusuh dengan ahli politik pembangang yang sebenarnya menjadi tugas mereka sebagai semak dan imbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, Wira Perkasa mengesa henti dan noktahkan intimidasi politik terhadap sesiapa sahaja kerana rakyat Malaysia dijamin oleh Perkara 10 Perlembangaan dan berhak menyatakan hasrat serta bebas bersuara.
“Kita tidak akan tunduk dan terus bersama nadi rakyat dalam memastikan negara ini diurus tadbir oleh pemimpin yang layak,” katanya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001