NasionalDaily Umum Pelantikan Pasukan Editorial

KUALA LUMPUR – Mohd. Shah Abdullah, 61, dilantik sebagai Penasihat Editorial portal berita bebas NasionalDaily berkuatkuasa 15 Ogos 2025.

Beliau yang berpengalaman luas dalam dunia kewartawanan, pentadbir universiti dan pensyarah kanan bidang media dan komunikasi selama lebih 30 tahun juga merupakan kolumnis NasionalDaily.

Beliau akan menjadi rujukan pasukan editorial NasionalDaily dan memberikan pandangan bebas mengenai hala tuju serta wawasan portal berita tersebut.

Sementara itu, Manzaidi Mohd. Amin yang juga bekas pengamal media lebih 40 tahun dipilih sebagai Ketua Pengarang NasionalDaily.

Manzaidi akan mengetuai operasi harian editorial, menulis dan menyaring berita, rencana serta semua bahan kandungan berita untuk disiarkan.

Beliau akan dibantu pasukan editorial termasuk bekas Wartawan Berita Harian, Rudysham Abdul Raof sebagai Pengarang Eksekutif manakala Kassim Muhamad (Pengarang Seni/Sastera) dan Mohamad Zulhairie (Ketua Pemberita).

Dua wartawan yang turut bertugas dengan portal ini ialah Abd. Ghaffar Daud dan Ismail Daud.

NasionalDaily ditubuhkan pada 2023 merupakan portal bebas yang mengamalkan dasar dan falsafah kewartawan berasaskan etika yang tidak menyebelahi atau disokong mana-mana pihak berkepentingan.

“Tujuan kita jelas untuk sama-sama membina negara bangsa yang progresif, cemerlang dan harmoni dalam sebuah masyarakat berbilang agama, kaum dan budaya melalui perkongsian berita serta maklumat berkualiti,” kata Mohd. Shah dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *