KUALA LUMPUR – Richiamo Coffee Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra dan pereka fesyen serta pengeluar pakaian terkenal Rico Rinaldi sempena Festival Franchise Antarabangsa Pernas (PIFF) yang berlangsung dari 7 hingga 9 Februari ini.
Dua produk baharu yang diperkenalkan sempena PIFF itu akan dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo, Dato’ Muhamad Zamry Abu Samah berkata, kolaborasi dengan dua jenama terkenal itu bakal membawa satu dimensi baharu kepada jenama Richiamo Coffee.
“Kolaborasi dengan De Xandra dan Rico Rinaldi dijangka memberi pembaharuan dan impak kepada para peminat kedua-dua jenama tersebut,” katanya.
Menerusi kolaborasi itu, De Xandra akan mengeluarkan pewangi edisi khas untuk Richiamo Coffee dan hanya boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee dan Richiamo Mart di seluruh negara.
Manakala kolaborasi dengan Rico Rinaldi pula bakal memperkenalkan hand bag eksklusif Richiamo Coffee.
Muhamad Zamry berkata, kolaborasi Richiamo Coffee dengan dua jenama itu akan meningkatkan pola pelanggan untuk memiliki dua produk yang diperkenalkan ke seluruh cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara.
Ketika ini katanya, Richiamo Coffee memiliki hampir 230 cawangan di seluruh negara.
Pengenalan dua produk sempena PIFF juga menjadi batu loncatan kepada Richiamo Coffee, De Xandra dan Rico Rinaldi untuk menembusi pasaran luar tempatan dan luar negara.
“Saya berharap kolaborasi ini akan membawa Richiamo Coffee, De Xandra dan Rico Rinaldi ke tahap yang lebih tinggi,” katanya. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252