Ge-Shen Lupus Aset Bukan Teras Bernilai RM35 Juta Untuk Tingkat Kecekapan Operasi

Ge-Shen umum dividen interim enam sen

KUALA LUMPUR – Ge-Shen Corporation Berhad (Ge-Shen), penyedia perkhidmatan penyelesaian kejuruteraan dan pembuatan ketepatan yang mantap, yang mengkhusus dalam plastik berkualiti tinggi, pemasangan papan litar bercetak (PCBA), getah silikon cecair dan pemasangan lengkap untuk pelbagai industri, mengumumkan dividen interim peringkat pertama enam sen sesaham yang berjumlah RM8.07 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Lembaga pengarah telah meluluskan pembayaran itu dibayar pada 3 Mac 2025, kepada pemegang saham yang namanya tertera dalam daftar pendeposit pada penutupan perniagaan pada 19 Februari 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Ge-Shen, Dr. Adrian Foong Hong Nian berkata, keupayaan pihanya untuk mengisytiharkan dividen itu menggariskan prestasi kewangan Kumpulan yang kukuh dan daya tahan.

“Sambil syarikat terus melaksanakan inisiatif strategik, kami kekal menumpukan pada meningkatkan nilai pemegang saham sambil memastikan kemampanan jangka panjang perniagaan.

“Pengagihan dividen ini adalah bukti kekuatan operasi Kumpulan pada masa hadapan dan potensi pertumbuhan kami,” katanya.

Menurut Hong Nian, keputusan itu mencerminkan komitmen berterusan Ge-Shen untuk menyampaikan nilai kepada para pemegang sahamnya sambil mengekalkan asas kewangan yang kukuh.

Lembaga pengarah telah menilai kedudukan kewangan syarikat dan yakin ia kekal pada kedudukan yang baik untuk memenuhi obligasi kewangannya dan mengekalkan pertumbuhan masa hadapan.

Ge-Shen baru-baru ini mengumumkan cadangan pelupusan lima hartanah perindustrian pegangan bebas di Mukim Tebrau, Johor Bahru, dengan jumlah pertimbangan tunai RM35 juta.

Hasil daripada pelupusan strategik ini akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank dan menyokong modal kerja, mengukuhkan komitmen Kumpulan terhadap kecekapan operasidan pertumbuhan jangka panjang. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *