BERITA UTAMA
Nasionaldaily.com Ronaldo Al-Nassr

Ronaldo perlu bantuan di Al-Nassr

RIYADH – Cristiano Ronaldo mahu membawa beberapa bekas rakan sepasukan Real Madrid untuk menyertainya di Al-Nassr bagi merapatkan jurang dengan Al-Hilal.

Al-Hilal menjuarai Liga Pro Saudi dengan jurang selesa musim ini dan membuatkan Ronaldo menangis ketika menewaskan Al-Nassr menerusi penentuan penalti pada final Piala Juara-Juara Saudi, Jumaat lalu.

Ronaldo memikul tugas berat di kelab berkenaan dan media Sepanyol melaporkan, bintang Portugal itu sedang giat memujuk dua pemain untuk membantunya.

Pilihan utama adalah Casemiro, pemain yang bergandingan dengannya ketika memenangi beberapa gelaran Liga Juara-Juara Eropah di Madrid sebelum mereka bertemu semula di Manchester United.

Casemiro dijangka meninggalkan United pada musim panas ini dengan Arab Saudi dilihat sebagai destinasi seterusnya.

Ronaldo percaya, kehadiran pemain Brazil itu akan membantu Al-Nassr lebih konsisten bagi menyaingi Al-Hilal, yang langsung tidak tewas sepanjang kempen 2023-24.

Ronaldo turut berusaha membawa seorang lagi legenda Madrid, Nacho Fernandez yang baru saja menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah di Wembley.

Nacho turut dikaitkan dengan Inter Miami yang dibarisi Lionel Messi, tetapi Ronaldo akan cuba memujuknya untuk ke Arab Saudi berbanding ke Amerika Syarikat. – AGENSI

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *