BERITA UTAMA
Jatuh Laut Pulau Andaman

Lelaki warga China jatuh laut disahkan maut

TANJUNG TOKONG – Operasi pencarian seorang warga China yang jatuh ke laut di Pulau Andaman pagi semalam, berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu dalam keadaan terapung.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang yang menerima panggilan dari polis pada jam 8.14 pagi, bergegas ke Lokasi bersama anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, PBK II Mohd Hairi Fazzil, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian orang jatuh laut di Pulau Andaman, Tanjung Tokong di sini untuk memohon bantuan bagi mencari mangsa.

Katanya, seramai 11 anggota termasuk PPDA telah digerakkan bersama jentera LFRT dan kenderaan Toyota Hilux yang membawa bot penyelamat ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa dikenalpasti seorang lelaki warganegara China berusia 52 tahun dikhuatiri telah terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja di atas tongkang.

“Pasukan Bomba telah melakukan kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang turut dibantu oleh agensi lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dijumpai pada jam 2.54 petang oleh pasukan bomba dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan KKM.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 3.50 petang. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *