‘Tak percaya sebenarnya’

SORAKAN gemuruh mengiringi kemenangan pasukan sepak takraw negara apabila meraih kejayaan menewaskan pasukan dari Thailand.

Tidak dapat digambarkan dengan ucapan, betapa gembiranya gandingan negara, Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin selepas menumbangkan Thailand dalam perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 semalam.

Kejayaan yang datang dengan usaha dan semangat luar biasa itu sememangnya sukar untuk diucapkan dengan kata-kata, apatah lagi lawan yang ditumbangkan boleh dianggap sebagai raja sepak takraw dunia.

Bagi Noraizat, tekanan yang dihadapinya bersama Aidil Aiman ketika perlawanan akhir itu cukup tinggi, namun bersyukur dapat mengatasinya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tak percaya sebenarnya (dapat menang juara dunia) tapi kalau rezeki dah tertulis, menang tetap menang juga. Berkat doa semua termasuk seluruh rakyat Malaysia.

“Saya memang ingat Allah sahaja dalam gelanggang. Selawat tidak tinggal dan Allah tolong kami dalam gelanggang sehingga mata terakhir,” katanya.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu, Noraizat dan Aidil Aiman menang 17-16, 15-13 untuk merangkul kejuaraan dunia pertama sejak Piala Dunia tersebut diperkenalkan pada 2011.

Dalam pada itu, Aidil Aiman menyifatkan kejayaan yang diraih itu membuktikan Malaysia boleh meraih kemenangan dengan Thailand walaupun sebelum ini badi tersebut sukar untuk dileraikan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan negara. Saya dengan Aizat dah buktikan kita boleh menang dengan Thailand,” katanya. 

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *