KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan Pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.
Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 1,000 orang yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar.
“Kita mahu keluarkan kumpulan ini daripada miskin tegar kepada miskin,” katanya dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Menurut Anwar, walaupun ada pihak mempertikaikan usaha itu, ia tetap akan dilakukan dengan sebaik mungkin.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang komited menyokong usaha tersebut.
“Pengarah ICU JPM (Jabatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) beritahu, dia boleh selesaikan dalam tempoh dua bulan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK),” ujarnya.
Sebelum itu, Anwar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan untuk berbincang mengenai pembangunan negeri itu.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Perjumpaan tersebut diadakan selepas Perdana Menteri meluangkan masa meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam. – Dipetik Sinar Harian
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252
