BERITA UTAMA

Najib: Keputusan di tangan kerajaan – Puad

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menjalani hukuman tahanan di rumah atau tidak terletak di tangan kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, afidavit adendum berhubung titah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 sudah difailkan dan tunggu lagi kerajaan membuat keputusannya.

“Kenapa kerajaan sembunyi titah tambahan? Itu pertanyaan peguam Najib. Penyelesaian terbaik ialah kerajaan mesti laksanakan segera titah tersebut.

“Rakyat yakin warkah tambahan itu wujud dan benar. Mana mungkin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri sanggup buat afidavit.

“Lagi pun Peguam Negara tidak buat penafian,” katanya mengulas mengenai isu terkini berhubung titah addendum Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mempersoalkan kenapa perlu menyusahkan diri sendiri dan kenapa perlu jadi defensif kerana paling teruk pun kerajaan akan dikutuk engkar titah Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, hubungan mesra dalam kerajaan boleh terjejas dan akan ada tuduhan wujud konspirasi.

“Soalnya apakah Peguam Negara takut bagi nasihat yang betul?,” katanya. – ND

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *