BERITA UTAMA

Tok Ki rai anak yatim berbuka puasa

SETIAP kali Ramadan, antara persiapan yang dilakukan oleh umat Islam ialah menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Antara yang gembira dengan kehadiran hari kemenangan itu ialah kanak-kanak sama ada yang mempunyai kedua ibu bapa atau kehilangan orang tercinta.

Namun, bagi mereka yang tidak dapat menyiapkan baju raya disebabkan kehilangan orang tua, akan sentiasa lekat dihati golongan berada untuk menyampaikan sumbangan seperti duit raya.

Inilah antara kemeriahan yang disambut mereka, terutama yang bergelar anak yatim dan yatim piatu, mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa dan selepas itu menerima duit raya.

Di Pasir Gudang, Johor Bahru, sekumpulan lebih 100 anak yatim diraikan Ketua Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, semalam.

 

Katanya, majlis itu diadakan dengan pintu rahmat yang terbuka luas, bulan suci kembali menyinari kehidupan setiap umat-NYA melalui sinar kebaikan dan keberkatan.

“Mari kita manfaatkan setiap detik yang diberkati ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbaiki diri dan memberikan kepada yang memerlukan.

“Semoga amal ibadah kita diterima di sisi-Nya dan kesyukuran serta kebahagiaan senantiasa mengalir dalam kehidupan kita,” katanya pada majlis itu yang dipetik menerusi hantaran Facebooknya. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *