BERITA UTAMA

Tiga remaja sesat ketika memikat ayam hutan ditemukan selamat

MARANG – Tiga remaja yang tersesat di kawasan hutan di Kampung Pulau Kerengga, di sini, ketika melakukan aktiviti memikat ayam hutan, ditemukan selamat pagi ini, lapor Harian Metro.

Komander Operasi, Che Mohd Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi mereka hilang.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Adam Ajmal Zainudin, 15; Mohamad Haris Kamarudin, 16; dan Muhamad AmurulHaziq Selamat, 16; ditemukan dalam keadaan lemah dan mengalami luka-luka kecil di badan.

Katanya, mangsa dibawa oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ke Klinik Kesihatan Gong Balai di sini, untuk pemeriksaan kesihatan dan diserahkan kepada keluarga.

“Operasi tamat pada jam 9 pagi selepas semua ketiga-tiga remaja terbabit ditemukan,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *