BERITA UTAMA

Siapa lempar bola api?

KUALA LUMPUR – Sudah dua kali kedai serbaneka KK Mart dilempar bola api selepas timbul kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini.

Namun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apakah ia perbuatan provokasi supaya pihak yang memboikot dipersalahkan dan dilihat jahat?

Katanya, polis mesti menyiasat secara telus dan menyeluruh.

“Kita tidak boleh tolak unsur “blaming the victim”. Pihak yang memboikot dijadikan mangsa.

“Semoga yang memboikot istiqomah dan kekal matang,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang melibatkan keganasan dari hari pertama lagi.

Katanya, Pemuda UMNO mohon agar siasatan segera dapat dilakukan dan pelaku dikenakan hukuman yang berat tidak kira dari mana-mana pihak sekalipun.

“Dan, siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak atas insiden yang berlaku ini.

“Kita kekal tenang dan teruskan boikot,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *