BERITA UTAMA

PSBM berbuka puasa bersama warga APM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM), Datuk Seri Ramle Mat Daly menghadiri majlis berbuka puasa bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan, Sentul dan Cheras.

Kehadirannya bersama beberapa kepimpinan PSBM memeriahkan majlis anjuran APM itu yang diadakan di pekarangan Pejabat APM Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadiri Pegawai Pertahanan Awam Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto dan beberapa pegawai kanan APM bersama kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga warga pertahanan awam.

Majlis berbuka puasa itu turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan B40 dan duit raya untuk anak warga APM. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *