BERITA UTAMA

Fadhlina lapor polis isu perkataan kafir

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran hantaran berbaur fitnah terhadapnya di laman sosial.

Ia merujuk kepada satu video tular memaparkan Fadhlina yang didakwa menolak penggunaan label kafir ketika berucap dalam satu majlis.

Memetik siaran KOSMO! ONLINE, Fadhlina dilaporkan berkata, beliau telah menerima kata-kata berbaur kebencian, tuduhan tidak benar malah ancaman keselamatan di alam maya.

“Laporan polis telah dibuat, atas faktor keselamatan. Atas nasihat pasukan peguam pula, semua bukti daripada hantaran, komentar, dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil.

“Mungkin ada yang memang bertindak dengan sengaja, ada pula melulu atas kejahilan. Allah maha mengetahui,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Fadhlina menolak penggunaan label kafir dan mengharamkan anak-anak beliau menggunakan perkataan tersebut di rumah.

Penyebaran hantaran tersebut telah membuatkan Fadhlina menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen sehingga mengancam keselamatan dirinya. NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *