BERITA UTAMA

KK Mart Sungai Isap Kuantan pula dilempar ‘molotov cocktail’

KUANTAN – Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar ‘molotov cocktail’ kira-kira jam 5.14 pagi ini, petik laporan Astro Awani.

Berdasarkan kenyataan polis, ketika dua pekerja berada dalam premis tersebut, tiba-tiba berlaku satu balingan ‘molokov cocktail’ dari luar dan mengakibatkan kebakaran kecil.

Namun, api berjaya dipadamkan oleh pekerja premis mengguna alat pemadam api.

Berikutan kejadian itu, empat rak termasuk beberapa barang jualan mengalami sedikit kerosakan.

Pekerja KK Mart berkenaan kemudian bertindak melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian dipercayai berpunca dari isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang terkait dengan kedai serbaneka KK Mart, mendorong suspek melakukan perbuatan khianat tersebut.

Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek dan termasuk meneliti rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan berikutan kejadian, kedai KK Mart berkenaan mengalami kerugian dianggarkan sekitar RM500.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *