BERITA UTAMA

Anak penyanyi dangdut Sheeda meninggal dunia

ANAK ketiga penyanyi dangdut Sheeda, Nur Fazlinda Ahmad Fazli, 24, atau Alin meninggal dunia jam 11.30 pagi Khamis, lapor Sinar Harian.

Kakak Allahyarham, penyanyi Bienda, 39, atau nama sebenarnya, Nor Razlinda turut berkongsi berita sedih kehilangan adik perempuannya di laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian itu, Bienda turut menzahirkan rasa sedih dan meminta peminat memanjatkan doa untuk adik tersayang.

“Saya mewakili adik saya memohon maaf andai ada kesalahan Alin/Faz yang pernah melukakan hati kalian. Mohon dihalalkan makan dan minumnya juga,” tulisnya.

Ujar Bienda lagi, jenazah Allahyarham adiknya itu dibawa ke Masjid Zaid Haritsah, Gombak dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak selepas Asar semalam.

Ibu Allahyarham, Sheeda turut membuat perkongsian sama berhubung berita sedih kematian anak ketiganya itu di akaun media sosial miliknya.

Arwah Nur Fazlinda adalah cahaya mata Sheeda bersama bekas suami keduanya, Ahmad Fazli Mohammad yang bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur ketika Allahyarham berusia 13 tahun.

Menerusi perkahwinan pertama, Sheeda dikurniakan cahaya mata iaitu Bienda dan abangnya, Hafizul Razli.

Pada 2007, Sheeda bertemu jodoh kali ketiga dengan guru, Sukri Hashim, namun bercerai pada 2019 lalu dan hasil perkahwinan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aiman, 16,. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *