BERITA UTAMA

Zionis tembak mati 13 kanak-kanak dalam tempoh seminggu

GAZA – Tentera Israel menembak mati 13 kanak-kanak di Kompleks Perubatan Al-Shifa dan sekitar Gaza City, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med).

Tindakan itu secara terang-terangan mencabuli undang-undang antarabangsa dan ia adalah jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Ia juga adalah sebahagian daripada pembunuhan beramai-ramai dialami rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak enam bulan lalu.

Selama lebih seminggu, tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan yang sistematik dan mengerikan di dalam dan sekitar Kompleks Perubatan Al-Shifa.

Jenayah itu termasuk melakukan hukuman mati di luar undang-undang dan pembunuhan sengaja terhadap orang awam Palestin.

Pasukan lapangan Euro-Med, menerima keterangan yang sama mengenai pembunuhan kanak-kanak Palestin berumur antara empat dan 16 tahun.

Ali Salouha yang tinggal berhampiran Kompleks Perubatan Al-Shifa berkata, tentera Israel membunuh anak lelakinya Ali dan Saeed Muhammad Sheikha, masing-masing enam dan sembilan tahun di hadapan keluarga dan warga tempatan.

“Tentera Israel secara khusus menyasarkan kanak-kanak itu dengan peluru hidup,” katanya.

Menurut Salouha, keluarga itu memilih untuk tinggal di apartmen mereka bersama beberapa penduduk lain kerana tiada jalan selamat untuk mereka keluar selepas lebih seminggu dikepung di dalam rumah di tengah-tengah serbuan yang kerap.

Beliau menjelaskan, Ahad lalu, tentera Israel mengarahkan semua orang meninggalkan kawasan kediaman masing-masing atau rumah mereka dibom.

Akibatnya, penduduk terpaksa meninggalkan kawasan itu dan menyeberangi jalan yang bergelimpangan dengan mayat.

Salouha berkata, mereka hanya mampu berjalan sejauh 10 meter sebelum tiba-tiba terkena tembakan kuat yang menyasarkan dua kanak-kanak berkenaan, Ali dan Saeed, khususnya.

Kanak-kanak itu kemudian rebah dan badan mereka berlumuran darah.

Ketika mereka cuba menarik mayat kedua-dua kanak-kanak itu, tentera Israel sekali lagi, melepaskan tembakan dan memaksa mereka meninggalkan Ali dan Saeed di atas tanah dan terus berjalan.

Tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, yang menyasarkan Kompleks Perubatan Al-Shifa dan mengubahnya menjadi berek tentera serta mengubah kawasan sekitar sebagai zon tentera.

Euro-Med menekankan kepentingan melindungi kanak-kanak Palestin, yang lebih terdedah kepada jenayah Israel yang berterusan di Gaza dan tidak diberikan perlindungan di bawah undang-undang antarabangsa.

Sebaliknya, tentera Israel mengubah mereka menjadi sasaran yang jelas dan terkini untuk pembunuhan, hukuman mati dan sasaran sembarangan, selain menafikan mereka makanan, tempat tinggal dan rawatan perubatan.

Kanak-kanak Palestin membentuk lebih satu pertiga daripada mangsa yang terkorban dan menyumbang sebanyak 14,405 daripada 40,156 jumlah kematian.

Pembunuhan kanak-kanak oleh tentera Israel dilakukan secara sistematik dengan cara yang meluas dan jelas disengajakan.

Menurut Euro-Med, masyarakat antarabangsa perlu bertindak pantas dan tegas untuk mempertahankan orang awam Palestin daripada pembunuhan beramai-ramai oleh Israel selama hampir enam bulan di Gaza.

“Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mesti bertindak segera untuk memerintahkan Israel bertanggungjawab ke atas jenayah yang terletak di bawah bidang kuasanya.

“Masyarakat antarabangsa pula mesti campur tangan dan memaksa Israel untuk mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang memerlukan gencatan senjata segera serta keputusan ICJ,”. – AGENSI

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *