BERITA UTAMA

Tahanan reman 13 pelajar disambung tujuh hari lagi

LAHAD DATU – Mahkamah Majistret di sini, membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tahanan 13 pelajar sekolah vakasional yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan salah seorang penghuni asrama pada 22 Mac lalu.

Majistret Nur Asyraf Zolhani memerintahkan reman bersambung tujuh hari lagi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan melengkapkan kertas pertuduhan.

Semua 13 suspek berusia antara 16 dan 19 tahun itu ditahan bagi membantu pembunuhan Mohammad Nazmie Aizzat Muhd ​​Narul Azwan, 17, yang ditemui mati di asrama kolej vokasional oleh warden pada jam 6.50 pagi.

Suspek pertama kali direman selama enam hari apabila mereka ditahan pada 22 Mac lalu.

Berdasarkan siasatan awal, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa yang merupakan pelajar bioteknologi di kolej itu dipukul rakan asramanya yang mengesyakinya mencuri RM85 daripada dua pelajar.

TheStar melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pasukan petugas khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Siasatan/Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Cyril Edward Nuing telah dibentuk untuk menyelia siasatan itu.

Beliau berkata, pasukan petugas itu akan memastikan ketelusan dalam semua aspek siasatan.

Tambah beliau lagi, polis tidak mendedahkan keputusan penuh bedah siasat untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *