BERITA UTAMA

Selamba ajak kahwin selepas 2 minggu berkawan, Datuk Red dedah alasan Adira terima lamarannya

SEMBILAN tahun membina rumah tangga, usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengimbau detik awal perkenalannya bersama isteri keduanya penyanyi Adira Suhaimi.

Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red, 46, mendedahkan mereka bertemu selepas dia berkenalan dengan kakak Adira iaitu Emma Suhaimi.

Memetik laporan mstar, katanya, pertemuan pertama mereka juga di sebuah pusat karaoke turut ditemani beberapa pekerjanya.

“Saya dulu ada buat macam syarikat filem dan hiburan dan kebetulan masa itu dapat kerja di Sarawak.

“Dengan bajet RM20,000 pekerja saya suruh ambil Adira, tapi macam tak cukup, tapi kami ambil kakaknya iaitu Emma Suhaimi.

“Bila balik Kuala Lumpur, kami lepak di sebuah restoran, namun Adira tiada, tapi saya minta pekerja saya panggil dia minum sama. Tapi, mereka pula ajak saya karaoke beramai-ramai walaupun saya tak pandai menyanyi…Tapi nak masuk jarum, nak jumpa artis saya okay saja,” katanya berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya malam semalam.

Selepas itu, ujar Datuk Red, beliau bertukar-tukar nombor telefon.

Berkongsi lebih lanjut, Adnan memberitahu dia dan Adira tidak pernah keluar berdua sepanjang perkenalan, sebaliknya hanya saling berbalas mesej.

Selepas dua minggu berkenalan, katanya, beliau memberanikan diri melamar Adira dan penyanyi itu bersetuju.

“Kami ada saling berbalas mesej, tapi tiada dating atau tengok wayang bersama. Dalam masa dua minggu juga kami berbalas mesej.

“Ketika itu otak gila-gila, selamba saya ajak dia kahwin dan dalam sehari dua selepas itu dia setuju dengan lamaran saya,” kongsinya.

Menurut Adnan, penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerima lamarannya kerana dia jujur mengenai perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Katanya lagi, sebelum itu Adira ada menerima lamaran daripada lelaki berstatus suami orang, namun alasan diberikan tidak sama sepertinya.

“Dah nak kahwin, saya ada tanya Adira kenapa dia terima saya. Dia sudah jumpa pelbagai orang dalam dunia hiburan.

“Selalunya ayat orang dah kahwin mereka akan burukkan isteri pertama, tapi saya jujur. Ikatan cinta itu hadir selepas kahwin,” jelasnya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Selatan Thailand Disember 2015 sebagai isteri kedua dan mempunyai empat cahaya mata.

Bagaimanapun, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan perceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman.

Ini bukan kali pertama Adira memfailkan perceraian terhadap Adnan dan pernah melakukan perkara sama pada 2019, namun memutuskan memberi peluang kepadanya.

Manakala, isteri pertamanya, Sharifah Norshafil Hassim atau Datin Red memfailkan perceraian pada penghujung Januari lalu.

Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama dikurniakan lima cahaya mata.

Malah, Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun, namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *