BERITA UTAMA

Sekitar majlis penyampaian Anugerah Bintang Bakti MCW

MESYUARAT AJK Malaysia Corruption Watch (MCW) Bil.4 bagi sesi 2023-2026 semalam membincangkan usaha dan kaedah pembelian pejabat NGO itu tamat pada jam 5 petang sebelum bermulanya Majlis Pelancaran Buku, Penyampaian Anugerah Bintang Bakti MCW serta jamuan berbuka puasa.

Sesi Pelancaran buku Suara Perjuangan Banteras Rasuah Malaysia (buku rujukan subjek KIAR) disempurnakan Pengerusi Panel Penasihat MCW, Datuk Abdul Wahab Harun.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Bintang Bakti MCW 2024 oleh Presiden MCW, Jais Abdul Karim kepada Tokoh Pejuang Antirasuah yang banyak membantu MCW dalam memberikan maklumat tepat mengenai isu rasuah negara.

Antaranya, mantan GIACC, Datuk Muhamad Salim Sundar Abdullah; Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohd Fauzi Hussin; Ketua Pegawai Integriti MOF, Kamaruddin M. Ripin; Pengarah Bahagian, Ibu Pejabat SPRM, Tarmizie Abdul Manaf; dan Timbalan Pengarah PENMAS, Shamsul Salip.

MCW turut memberi penghargaan tinggi kepada Tokoh Media Pendokong Perjuangan Antirasuah Negara.

Antara penerima Bintang Bakti MCW ini ialah Ketua Penyiaran Bernama, Mohd Shukri Ishak; Penasihat Bebasnews, Datuk Zaini Hassan; Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkifli Hamzah; Pengarang Rencana Berita Harian, Anwar Patho Rahman; dan Pengacara Bernama TV Bernama, Sherkawi Jirim.

Anugerah ini merupakan penghargaan tinggi atas komitmen pihak media yang tidak pernah sunyi membantu MCW menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia.

Pandangan dan kritikan MCW mengenai isu rasuah sering diberikan perhatian.

Pingat Bintang Bakti ini juga diberikan kepada ahli-ahli MCW yang sentiasa komited memberi sumbangan demi memastikan kelangsungan perjuangan antirasuah MCW.

Antaranya, Datuk Abdul Wahab Harun, Dr. Yahya Mat Hassan, Izhar Kahar, Datuk Abdul Halim Kader, Prof Dr. Sarjit Singh Gill, Prof. Datuk Dr. GP Doraisamy, Julaila Samsudin, Datuk Dr. Mazlan Ahmad, Datuk (Dr) Shahul Hameed Syed Mohamed, Datuk Ezaruddin, Rosdi Amir, Datuk Arifful Ahmadi Ab Rahman, Dr. Billy Tang, Mohd. Nasir Tambi Chek, Dr. Andrew Tan Yih Full, Kamarul Afifi, Hemanathan A/L Kalaichelvan.

Turut menerima anugerah, Muhamad Fairus Mohd Talhah, Noorhawisma Hisham Abdul Wahab, Terence John, Dr. Angel Chow Yin Jye dan Siew Chai Hoon. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *