BERITA UTAMA

Hari Polis ke-217: Forum Perdana “Scammer jerat dalam talian”

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Forum bertajuk “Scammer: Jerat Dalam Talian” telah menampilkan beberapa figura hebat sebagai ahli panel iaitu Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) JSJK Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin; Penolong Pengarah Kanan JAKIM, Mohamad Zarifi Mohamad Daud; Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin; dan Mohd Hariri Mohamad Daud sebagai moderator.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Ariffin tidak melepaskan peluang bersama warga PDRM menyaksikan forum perdana tersebut.

Antara inti pati dapat disimpulkan dalam forum yang berlangsung adalah para pengguna perlu lebih berwaspada dalam melayari laman sesawang media sosial mahupun platform pelaburan yang berisiko berlakunya aktiviti penipuan.

Selain itu, sekiranya seseorang itu menjadikan kaedah penipuan sebagai sumber rezeki mereka, nescaya ia akan memudaratkan hidup di dunia dan di akhirat.

Forum yang berlangsung selama satu jam itu turut dihadiri Pengarah JSJK selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Seri Fatimah Moyedden; Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dan isteri merangkap Pengerusi PERKEP JPJKK, Datin Sarihah Jusoh; Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad serta rakan media. – NasionalDaily

Kredit: Jurugambar PDRM RMP TV

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *