BERITA UTAMA

16 cedera bas persiaran terbalik di Lebuhraya Karak-Bentong

BENTONG – Sekurang-kurangnya 16 cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas, sebelum terbalik di KM51.4 arah Timur Bukit Tinggi – Lentang, Lebuhraya Karak dekat sini, awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang menerima panggilan mengenai kejadian itu memaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong.

Komander Operasi Kanan BBP Bentong, TPgB Mohd Rosdan Zakaria berkata, seramai 19 anggota bomba bergegas ke lokasi untuk kerja penyelamatan.

Katanya, bas itu dikatakan sedang dalam perjalanan menghala timur berhampiran Hentian Rehat Lentang.

“Seorang penumpang wanita yang tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala seorang lagi wanita serta tiga lelaki dewasa telah dihantar ke Hospital Bentong.

“Keseluruhan mangsa yang terlibat seramai 16 orang yang terdiri daripada empat  warga asing dan 12 warga tempatan,” katanya.

Beliau berkata, kerja mengeluarkan mangsa dalam bas itu menggunakan peralatan power unit serta menghantar semua mangsa yang cedera ke Hospital Bentong bagi rawatan. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *