BERITA UTAMA

Kebocoran bahan kimia di Lapangan Terbang Kuching, seorang cedera

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima menerima panggilan mengenai kejadian kebocoran bahan kimia berlaku di CP 5, Mas Cargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Bertindak atas maklumat, 11 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya telah digerakkan ke lokasi bersama jentera FRT dan kenderaan utiliti Toyota Hilux sebaik panggilan diterima pada jam 3.35 petang ini.

Komander Operasi Kanan, TPgB II Mohamad Maramit berkata, berlaku kebocoran bahan kimia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Katanya, terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan melecur dan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba telah menjalankan pemeriksaan terhadap guni parcel yang dikhuatiri mengandungi bahan kimia dengan menggunakan alat pengesan GFG, Litmus Paper dan PH Paper.

“Hasil pemeriksaan, tiada bacaan direkodkan dan bacaan udara adalah normal.

“Seterusnya pasukan bomba bersama pasukan AFRS KIA serta Mas Cargo bertindak menjalankan pemeriksaan satu persatu guni parcel, tetapi tidak menemui sebarang bungkusan yang mengandungi bahan kimia tersebut,” katanya.

Kata beliau, anggotanya turut memaklumkan kepada pihak Mas Cargo untuk menghubungi semula pihaknya jika menjumpai sebarang tanda penemuan bahan tersebut. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *