BERITA UTAMA

Bagasi berisi wang tunai RM500,00 belum lagi dituntut

SHAH ALAM – Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 belum dituntut biar pun sudah lebih seminggu selepas dijumpai di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya, 20 Mac lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sehingga hari ini pemiliknya belum tampil.

“Bagasi itu belum dituntut dan kita masih menunggu pemiliknya hadir,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Isnin lalu, Hussein memaklumkan seorang pengarah syarikat teknologi maklumat (IT) yang mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya belum tampil untuk memberi keterangan atas faktor kesihatan.

Polis telah menerima laporan yang dibuat syarikat itu pada 21 Mac di Shah Alam.

Namun, pengarah syarikat terbabit dilaporkan belum tampil untuk memberi keterangan kepada Ketua Polis Balai Damansara sebagai bukti dan rekod mengenai pengesahan wang tunai itu.

Minggu lalu, dalam sidang akhbar, Hussein memberitahu seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya menemui bagasi terbabit di tempat meletak kenderaan di premis tersebut.

Pemeriksaan pada beg bagasi warna merah jambu dan putih bersaiz sederhana itu berisi nota wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *