BERITA UTAMA

Anak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati

NEW YORK – Seorang wanita di Bronx, Amerika Syarikat (AS) tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.

Bagaimanapun, suspek Skydajah Patterson, 26, telah dibebaskan polis dan mendapat rawatan kesihatan mental selepas didakwa memukul ibunya, Selma Mclean berusia 46 tahun di apartment mereka terletak di Presiden Adams House di Bronx pada jam 3.40 pagi (waktu tempatan).

Sumber berkata, Patterson memberitahu operator kecemasan, dia baharu sahaja membunuh ibunya dan semasa pihak berkuasa tiba di apartmen itu mereka mendapati Mclean sudah tidak sedarkan diri dan terdapat kecederaan di muka dan kepalanya.

Malah, wanita muda itu masih memegang periuk masak berlumuran darah.

“Dia mengakui menggunakan peralatan dapur untuk memukul belakang kepala ibunya sehingga pengsan,” katanya.

Namun, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis berkata, anak perempuan mangsa ditahan, tetapi dia tidak berdepan sebarang pertuduhan tersebut.

Sementara anak baptis Mclean, Danaeyah Reynolds, 26, memberitahu The New York Post, ibunya telah menghantar mesej kepadanya sebelum pembunuhan kejam itu dengan mengatakan dia takut kepada Skydajah yang baharu saja dibebaskan dari wad psikiatari.

“Dia berada di wad psikiatri sejak Februari hingga minggu lalu. Dia mula mendengar suara dan mula bercakap dengan suara seorang lelaki.

“Ibu baptis berkata dia takut kerana Skydajah mengatakan suara di kepalanya memberitahu ibunya sangat merbahaya,” katanya.

Patterson dikatakan mengalami gangguan mental sejak dia kehilangan bayi lelakinya pada Ogos lalu. – Agensi

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *