BERITA UTAMA

Jangan Main Politik … Jeffery Nor Bidas Pihak Cuba Nafikan Jasa UMNO/BN Bangunkan Sabah

KOTA KINABALU – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed menyelar kenyataan segelintir pihak yang bermain politik dan menyalahkan kerajaan sebelum ini kerana dianggap gagal membangunkan Sabah.

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, kerajaan di Sabah sebelum ini ialah Barisan Nasional (BN) yang banyak berperanan dan membawa landskap perubahan dari pelbagai aspek.

“Dakwaan itu hanya cakap politik, sedangkan mereka sendiri yang bercakap pun adalah produk dari kerajaan masa lampau dan pernah menjawat jawatan penting dalam jemaah menteri negeri.

“Jadi, kegagalan kerajaan masa lampau jika ditujukan kepada UMNO/BN merupakan satu andaian yang kurang bijak kerana mereka waktu itu berada dalam kerajaan yang sama,” jelas Jeffrey
Malah menurut beliau, beberapa projek mega seperti Hidroelektrik Ulu Padas dan Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 di Tuaran merupakan projek yang diluluskan beberapa tahun sebelum ini iaitu semasa BN menjadi kerajaan, namun kelemahan memilih kontraktor yang berwibawa menyebabkan projek itu terbengkalai.

“Tugas kerajaan hari ini, pastikan projek ini disiapkan segera kerana telah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu, walaupun menteri berkenaan umumkan dalam beberapa bulan ini khususnya untuk projek LRA Telibong 2 siap dan beroperasi sepenuhnya namun sehingga kini merata kawasan khususnya di sekitar Kota Kinabalu, malah di Tuaran masih mengalami gangguan bekalan air bersih,” katanya dipetik UMNO Online.

Tambah beliau lagi, kerajaan GRS yang menjadi teraju Sabah hari ini perlu komited membangunkan Sabah.

“Laksanakanlah sepenuhnya janji hala tuju sebagaimana slogan ‘Sabah Maju Jaya’ (SMJ) yang hanya berbaki setahun lagi, jika tidak rakyat akan terus bersuara dan mempertikaikan kewibawaan kerajaan hari ini.

Dalam pada itu Jeffery turut mengingatkan rakyat yang kini berdepan pelbagai kemelut khususnya dalam kegagalan kerajaan negeri menyediakan frasarana dan kemudahan asas untuk masyarakat.

“Rakyat perlu bijak membuat pilihan, bijak menilai dan lihat kepada apa yang berlaku sekarang ini untuk menentukan kepimpinan pada PRN17 akan datang.

“Kita perlu ubah keadaan ini kepada yang lebih baik, UMNO/BN dalam aku janji manifesto untuk menghadapi PRN17 akan datang pastinya tidak akan menjanjikan bulan dan bintang tapi akan melaksanakan apa yang terdaya.

“Sudah tentulah kita berdasarkan realiti iaitu mahukan keadaan yang lebih baik dari sekarang bagi mengubah landskap pembangunan dan kemajuan Sabah dalam pelbagai aspek,” katanya lagi.  NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *