BERITA UTAMA

Jangan buat-buat lupa, Rita Rudaini ingatkan bekas isteri Safee apa pernah berlaku dulu

PELAKON Rita Rudaini tiba-tiba tampil dalam kemelut rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali dengan bekas isterinya, Fitria Elfina.

Kemunculan Rita adalah untuk memulang paku buah keras dengan mengingatkan kepada Fitria mengenai apa yang pernah berlaku kepada isteri pertama dahulu.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, pelakon yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak itu menganggap Fitria terkena kifarah di atas perbuatan lamanya.

Katanya, dahulu Fitria pernah menyondol suami orang dan kini dia menerima nasib yang sama.

“What goes around comes around. You jangan buat-buat lupa ex wife ex husband you dulu. We all tahu apa yang terjadi di zaman kami dahulu. You dah sondol.. dan sekarang awak disondol balik.

“Kifarah untuk you buat pada ex wife dulu. Time you pulak sekarang rasa macam mana ex wife tu rasa dulu dengan anak-anak yang masih kecil. You tak peduli pun perasaan ex wife dan anak-anak dulu, tengah seronok kan.

“Tapi, Allah bagi juga you rasa kebahagiaan yang you rampas itu. Balasan Allah itu pasti, tunggu. Insya-Allah. Jadi, you belajarlah kuat seperti ex wife dia dulu okay,” katanya menerusi Instagram miliknya, Rita Rudaini.

Jelasnya lagi, balasan Allah SWT itu pasti dan kini Fitria perlu kuat menempuhi kegagalan rumah tangga disebabkan orang ketiga.

Kes perceraian bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee dan Fitria menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

Fitria yang merupakan warga Indonesia diceraikan dengan talak dua oleh Safee pada Februari lalu dan lafaz tersebut disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Rentetan perceraian itu, tular sebuah video temu bual Fitria, menyatakan dirinya dilemparkan kata-kata kurang manis oleh segelintir individu termasuk didakwa sedang menerima kifarah atas perbuatannya meruntuhkan rumah tangga Safee dengan bekas isteri pertamanya.

Untuk rekod, Safee bernikah dengan Fitria pada 21 Disember 2013, merupakan perkahwinan kali kedua buat pemain bola sepak itu, yang mana sebelum ini beliau mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2012. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *